Tuesday, December 14, 2010

Press statement by PARTI CINTA MALAYSIA Central Youth Chief regarding RON95 fuel and sugar price increase.

Kenyataan media oleh Ketua Pemuda Pusat PARTI CINTA MALAYSIA berkenaan kenaikan harga gula dan minyak RON95.



I refer to the recent hikes in RON95 petrol of 5 cents and also 20 cents sugar hike by the Federal Government.
Saya merujuk kepada kenaikan terkini harga petrol RON95 sebanyak 5 sen dan juga harga gula sebanyak 20 sen oleh Kerajaan Persekutuan.

I appeal to the Prime Minister to reconsider such hikes. Although the stated hikes may not appear to be high, but for the low-income groups, it is burdening and pressuring for them to cope with the rising cost of living.
Saya merayu kepada Perdana Menteri untuk menilai semula kenaikan tersebut. Walaupun kenaikan minyak dan gula ini nampaknya tidak begitu tinggi, namun kepada golongan yang berpendapatan rendah, mereka amat tertekan dan dibebani masalah kos hidup yang semakin meningkat.

I understand the recent hikes are part of the subsidy rationalization program done by the Government under PEMANDU. However, the government also mentioned that there would be no more hikes for this year. It is regrettable that the Government seems to have reneged on its promise not to increase fuel prices until the end of 2010.
Saya faham bahawa kenaikan tersebut adalah rancangan kerajaan untuk rasionalisasi subsidi oleh PEMANDU tetapi kerajaan ada juga menyebut bahawa tidak akan ada sebarang kenaikan harga minyak pada tahun ini. Adalah mengecewakan dan disesali bahawa kerajaan nampaknya bertindak memungkiri janji untuk tidak menaikkan harga minyak sehingga akhir tahun 2010.

I hereby request the kind consideration of the Prime Minister to use his executive powers as stated in the Constitution to ensure prices of essential items such as fuel, cooking oil, sugar and other basic ingredients are controlled or even reduced if possible. This will make the rakyat happier, at the same time; reduce their cost of living.
Saya dengan ini memohon jasa baik Perdana Menteri untuk menggunakan kuasa eksekutif beliau seperti yang termaktub dalam Perlembagaan untuk memastikan harga barangan terkawal seperti petrol, gula, minyak masak dan lain-lain lagi keperluan asas dikawal dan dikurangkan sekiranya boleh. Ini akan menggembirakan rakyat, pada masa yang sama, mengurangkan kos kehidupan mereka yang saban hari kian meningkat.

However, if it is not possible or rational to reduce the prices of the commodities mentioned, please consider tax cuts and financial assistance for the lower income groups and the hardcore poor so that while Malaysia continue to prosper; the not-so-lucky Malaysians will not be left out in mainstream development.
Walau bagaimanapun, jika tidak mungkin atau tidak rasional untuk menurunkan harga komoditi seperti yang dinyatakan, sila pertimbangkan potongan cukai dan bantuan kewangan untuk golongan yang kurang berada, khususnya fakir miskin. Ini penting kerana dalam kita mengejar kemajuan, kita tidak ingin melihat golongan rakyat yang kurang bernasib baik tercicir dari arus pembangunan nasional.

I urge the Prime Minister and the Federal Government to take all the necessary measures to safeguard the well being of the poor and needy in Malaysia so that together we can achieve Vision 2020 without any Malaysians left behind.
Justeru, saya menyeru Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan untuk mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk melindungi kebajikan rakyat yang miskin dan memerlukan di Malaysia supaya kita dapat mencapai Wawasan 2020 tanpa ada sesiapa pun warganegara Malaysia yang ketinggalan.

Thank you very much.
Berbanyak-banyak terima kasih.



LIEW YEOW HOOI

PCM CENTRAL YOUTH CHIEF

KETUA PEMUDA PUSAT PCM

No comments:

Post a Comment