Thursday, December 9, 2010

Dear Penang Chief Minister LGE


Surat Terbuka kepada Ketua Menteri Pulau Pinang
Kepada YAB Lim Guan Eng
Dengan segala hormatnya, saya ingin menarik perhatian Tuan berkenaan dua isu, seperti di bawah:
1) Kenaikan tariff air di Pulau Pinang
Pakatan Rakyat (PR) mempunyai “Common Policy Framework” atau CPF yang selalu dilaung-laungkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Akan tetapi, dalam isu yang mudah diselesaikan seperti harga air, nampaknya tidak akan koordinasi antara negeri-negeri pimpinan PR.
Menteri Besar Selangor dan beberapa YB dari PR telah menentang tindakan SYABAS menaikkan harga air, malah mereka telah melancarkan protes/bantahan dan penyerahan memorandum kepada DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Para pemimpin PR tersebut telah mendakwa bahawa tindakan SYABAS menaikkan harga air akan membebankan rakyat.
Walau bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang, merangkap Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) nampaknya bertindak terbalik dan songsang daripada tindakan kerajaan negeri Selangor.
Sepatutnya, pihak Tuan harus menuruti langkah kerajaan negeri Selangor membantah tindakan menaikkan harga air. Sebaliknya, kami kesal pihak kerajaan negeri Pulau Pinang menaikkan tariff air sebanyak 27%. Untuk mengatakan bahawa kenaikan 27% hanya akan menjejaskan hanya 30% penduduk Pulau Pinang adalah penjelasan yang tidak munasabah.
Adalah menjadi pandangan dan persetujuan umum bahawa kenaikan harga yang melibatkan keperluan asas seperti air dan tenaga akan menjurus kepada “tindak balas rantai” yang akan meningkatkan lagi kos pengeluaran dan terus membebankan rakyat. Rakyat paling takut akan kenaikan harga keperluan asas.
Malahan, Perdana Menteri baru menyatakan bahawa sebarang kenaikan bagi tariff elektrik akan mengambil kira kos beban kepada rakyat. Kami berharap Tuan akan sedar tentang tekanan yang bakal dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah. Pemimpin dan pengarah atasan yang duduk di atas kerusi empok di hierarki tertinggi pimpinan kerajaan negeri tidak mungkin memahami kesusahan dan keperitan golongan bawahan. Kami berharap Tuan dapat menjawab soalan berikut, “Kenapa wujudnya ‘double-standard’ antara dasar air Pakatan Rakyat di Selangor dengan dasar air di Pulau Pinang?”


2) Mengenakan bayaran tempak letak kereta sehingga tengah malam
Saya merujuk kepada isu kedua di atas. Keputusan pihak majlis perbandaran untuk mengenakan caj letak kereta sehingga lewat malam bertujuan untuk menangani masalah pemungut bayaran letak kereta secara haram adalah tidak dapat diterima.
Saya perlu bertanya kepada MPPP dan MPSP, “Adakah tugas pihak majlis hanya mengeluarkan saman kepada warga yang gagal membayar caj letak kereta?” Pihak majlis seharusnya jangan membebankan rakyat Pulau Pinang dengan menyaman kenderaan mereka tetapi mengambil tindakan terhadap “pemungut caj tempak letak kereta haram” yang semakin banyak berkeliaran dan menjadi masalah kebejatan sosial yang berlaku secara berleluasa di Pulau Pinang.
Nampaknya, berlaku masalah kurang penguatkuasaan oleh pihak majlis. Adalah tidak wajar bagi pihak majlis yang tidak kompeten dalam menangkap pihak yang bertanggungjawab mengutip bayaran yang “haram” menyebabkan penduduk Pulau Pinang menanggung beban ketidakcekapan pihak majlis. Ini secara langsung bertentangan dengan prinsip CAT (Cekap, Akauntabel, Telus), seperti yang dilaung-laungkan oleh Ketua Menteri sendiri.

Kesimpulannya, saya ingin mengulangi soalan saya kepada Tuan tentang kenaikan tariff air dan tindakan mengenakan caj letak kereta sehingga larut malam – adakah dasar-dasar kerajaan negeri Pulau Pinang ini konsisten dengan aspirasi rakyat dan juga slogan CAT? Janganlah CAT hanya tinggal omong-omong kosong sahaja.

Sekian, terima kasih.

Liew Yeow Hooi
Ketua Pemuda Pusat
Parti Cinta Malaysia (PCM)
10 Disember 2010.
_____________________________________
Open letter to the Chief Minister of Penang

Dear YAB Lim Guan Eng,
I hereby request your kind attention on the following two issues:
1) Increased water tariff in Penang
Pakatan Rakyat (PR) boasts of its Common Policy Framework (CPF). However, in a simple issue regarding water tariff, there seems to be no coordination between the PR-ruled states of Penang and Selangor.
We can observe that the Selangor MB and a few other PR YBs have oppose the water tariff hikes by SYABAS, and they even organized a protest/demonstration in downtown KL to hand over a memorandum to the Yang di-Pertuan Agong at Istana Negara. These Pakatan Rakyat leaders claimed the act by SYABAS in increasing water bills is burdening the rakyat.
However, the Penang Chief Minister by virtue of being the Chairman of Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) seems to act in a diametrically opposed way of the Selangor state government.
Instead of objecting to an increase in the said hikes, you are increasing water tariffs by 27%. To say that a 27% hike will only affect about 30% of the Penang residents is uncalled for.
It is common sense that any increase in the prices of basic necessities such as water and energy will lead to a chain reaction which will further increase production cost and burden the people. The people are most afraid of the increase in basic necessities.
In fact, the Prime Minister has recently stated that any increase in electricity tariffs will take into account the cost of burden to the rakyat. We hope you will take heed of the pressure faced by the low-income group as those sitting on the comforts of their chairs of the top leadership in the Penang state government will not understand the hardships suffered by the poor. We hope you will be able to answer the question of “Why the double-standards between the water policy of the Selangor and Penang governments?”

2) Charging parking rates up till midnight in Penang
I refer to the above-mentioned second issue. The decision by local councils to charge parking rates based on the reason of “eliminating illegal parking attendants” cannot be justified. It is made to appear that the rakyat agree and support the action by the state government.
I must ask the local councils of MPPP and MPSP, “Do you only issue summons on those who failed to pay their parking fees?” Rather than burdening the people with summons, why not take action and nab those irresponsible illegal parking attendants who are mere nuisance to our society. Do I smell lack of enforcement and clear-cut double standards here? It is indeed unfair for Penangites to carry the burden of the incapable, lackadaisical attitude of the local councils’ enforcers. This is certainly not reflective of CAT (Competency, Accountability, Transparency).

In conclusion, I would reiterate my question to you about the increase in water tariffs which will burden the traders and extra charges of parking fees – are they consistent with the people’s aspirations and also the CAT slogan? We hope CAT will not turn into Corruption, Arrogance, Transgression.

Thank you.

Liew Yeow Hooi
Youth Chief
Parti Cinta Malaysia (PCM)
10 December 2010.
_________________________


No comments:

Post a Comment